`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 24, 2018

Scott Morrison dipilih jadi PM baru Australia

Ia susulan peletakan jawatan Malcolm Turnbull selepas 45 daripada 85 ahli Parlimen Parti Liberal mengundi untuk mengosongkan kepimpinan.
Scott Morrison mengalahkan bekas menteri dalam negeri, Peter Dutton dan Menteri Luar, Julie Bishop dalam undian kepimpinan Parti Liberal. (Gambar AFP)
CANBERRA: Scott Morrison memenangi undi parti untuk menjadi perdana menteri baru Australia hari ini, selepas menewaskan Peter Dutton dan Menteri Luar, Julie Bishop dalam undian kepimpinan Parti Liberal yang memerintah.
Morrison menewaskan Dutton, bekas menteri dalam negeri dan anggota konservatif paling kanan dalam kerajaan, selepas meraih 45 undi berbanding 40 undi diperolehi Dutton.
Menurut agensi berita China Xinhua, Bishop tersingkir pada pusingan pertama selepas menerima undian paling sedikit.
Malcolm Turnbull meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas 45 daripada 85 ahli Parlimen Parti Liberal mengundi untuk mengosongkan kepimpinan dalam mesyuarat itu dan berhasrat mengundurkan diri dari Parlimen.
Tindakan itu diambil beberapa hari selepas Turnbull menewaskan Dutton 48-35 dalam satu undian, Selasa lalu.
Menteri Tenaga dan Alam Sekitar, Josh Frydenberg dipilih sebagai timbalan pemimpin parti itu, mengambil alih jawatan daripada Bishop. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.