`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 24, 2018

Sime Darby beli syarikat kelapa dan kelapa sawit Papua

NBPOL juga mengambil alih hutang bersih MFCL dan MAPL berjumlah kira-kira AS$11.0 juta (RM45.2 juta).
Pengambilalihan itu juga membolehkan Sime Darby mengembangkan perniagaan minyak lautriknya ke dalam pengeluaran minyak kelapa. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, New Britain Palm Oil Limited (NBPOL) telah menyelesaikan pembelian Markham Farming Company Limited (MFCL) untuk AS$52.6 juta (kira-kira RM215.6 juta) daripada Markham Agro Pte. Ltd. (MAPL).
Di samping itu, NBPOL juga mengambil alih hutang bersih MFCL dan MAPL berjumlah kira-kira AS$11.0 juta (RM45.2 juta), kata SDP dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Pertimbangan pembelian akhir dan jumlah pembayaran tunai yang akhirnya akan dibayar oleh NBPOL tertakluk kepada penemuan audit pasca penyelesaian, katanya.
MFCL adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadankan di Papua New Guinea (PNG) dan memiliki tanah pertanian seluas 6,110 hektar di Markham Valley, PNG.
Jumlah kawasan yang boleh ditanam adalah kira-kira 5,713 hektar, di mana kira-kira 4,018 hektar ditanam dengan kelapa sawit.
MFCL juga mengendalikan 2 kilang kopra di Buka dan Madang, PNG, dengan jumlah kapasiti penghantaran kopra sebanyak 55,000 tan metrik setahun.
MAPL adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadankan di Singapura.
SDP berkata, ladang kelapa sawit tersebut terletak berhampiran dengan Lae, pelabuhan terbesar PNG dan mempunyai keupayaan integrasi dengan rantaian bekalan NBPOL sedia ada.
MFCL juga merupakan pengeksport minyak kelapa terbesar di PNG dan pengambilalihan itu membolehkan SDP mengembangkan perniagaan minyak lautriknya ke dalam pengeluaran minyak kelapa.
MFCL menjadi anak syarikat milik penuh tidak langsung SDP berkuatkuasa 23 Ogos 2018. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.