`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 8, 2018

TEKUN guna pelbagai pendekatan kutip hutang

Ia termasuk menubuhkan TEKUN Corporation untuk mengutip semula pembiayaan bagi akaun hutang lapuk.
TEKUN turut memperkenalkan aplikasi ‘TekunPay’ yang dilancarkan Julai tahun lalu untuk memudahkan pembayaran balik pinjaman.
KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mengambil pelbagai pendekatan untuk mendapatkan bayaran balik pembiayaan.
“Kami juga menubuhkan anak syarikat, iaitu TEKUN Corporation untuk mengutip semula pembiayaan bagi akaun hutang lapuk,” kata Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan TEKUN Nasional Datuk Baharom Embi kepada Bernama ketika diminta untuk mengulas mengenai jumlah pembiayaan tidak berbayar (NPF) agensi itu.
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, kadar pembiayaan tidak berbayar (NPF) adalah 37.82% daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan semasa TEKUN Nasional.
Mohd Redzuan berkata, NPF diklasifikasikan sebagai pembiayaan tertunggak melebihi 6 bulan manakala hutang lapuk yang diklasifikasikan sebagai tunggakan melebihi 24 bulan berjumlah RM437.6 juta atau 6.4% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan.
Baharom berkata antara cara bagi memudahkan usahawan untuk membayar balik pembiayaan ialah dengan menggunakan aplikasi “TekunPay” yang dilancarkan Julai tahun lepas.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Playstore atau Apple Store untuk melihat paparan terperinci bagi setiap maklumat akaun pembiayaan dan hanya boleh diakses oleh penerima biaya sahaja, katanya.
Beliau berkata selain itu, bagi peminjam baharu, mereka digalakkan membuat permohonan di bawah Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN dan Skim Pembiayaan Program TemanNita yang menggunakan konsep berkumpulan (5 orang/kumpulan) yang mewajibkan setiap usahawan dalam kumpulan membuat pembayaran balik secara konsisten.
Baharom ditemui selepas sesi taklimat sempena lawatan rasmi Mohd Redzuan ke ibu pejabat TEKUN Nasional pada Jumaat lepas. Turut hadir Timbalan Menteri Dr Mohd Hatta Ramli.
Lawatan itu bertujuan mendapatkan maklumat serta status semasa berkenaan program pembiayaan yang disediakan khusus untuk usahawan mikro Bumiputera dan India. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.