`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 18, 2019

Adun Morib dakwa tidak bankrap, bank silap keluar notis mahkamah


Adun Morib Hasnul Baharuddin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan (Adun) Morib Hasnul Baharuddin mengesahkan status dirinya tidak bankrap selepas satu notis kebankrapan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang tersiar dalam akhbar Isnin lalu.
Hasnul mendakwa, pihak bank dan peguam melakukan kesilapan sehingga bertindak mengeluarkan notis mahkamah dan bank turut berjanji akan membatalkan notis tersebut.
“Status semasa saya tidak bankrap. Aset tersebut saya beli pada tahun 1999, sebuah kedai strata. Kedudukannya menjadi tidak strategik kerana pemaju megubah susun atur.
“Kedudukan semasanya ia tidak boleh berniaga dan tidak boleh disewakan. Kedai itu juga sudah dilelong. Pihak bank dan peguam khilaf sehingga keluar notis mahkamah,” katanya kepada FMT.
Tambah Hasnul, pihak bank yang memberikan pinjaman kepadanya untuk membeli kedai strata berkenaan, iaitu Bank Islam Malaysia Berhad berjanji akan membatalkan notis tersebut.
Beliau turut mendedahkan semakannya sendiri di Jabatan Insolvensi Malaysia, yang dibuat semalam kepada FMT, mengesahkan dirinya tidak termasuk dalam status bankrap.
Terdahulu, tular di media sosial mesej yang mendakwa Hasnul yang juga seorang pemimpin Amanah diheret ke mahkamah oleh bank berkenaan dan satu notis bankrap dikeluarkan bertarikh 4 April lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan seseorang ahli Parlimen atau Adun hilang kelayakan untuk memegang kedudukannya sekiranya diisytiharkan bankrap.
Beberapa perkara lain turut akan menjejaskan kedudukan seseorang ahli Parlimen atau Adun seperti disabitkan dengan kesalahan mahkamah, dihukum penjara tidak kurang 1 tahun atau didenda tidak kurang daripada 2,000 dan tidak menerima pengampunan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.