`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 6, 2019

Mahathir Adalah PPBM Dan PPBM Adalah Mahathir

Sekarang ini Mahathir terpaksa menentukan kejayaan PPBM dan Pakatan Harapan. Mahathir tidak ada lagi pilihan lain. Dan kekuatan PPBM terletak kepada Mahathir. Ini juga sama dengan kekuatan Pakatan Harapan. Tetapi apa akan terjadi sekiranya Mahathir sudah tiada lagi? Siapa yang akan mengambil alih untuk meneruskan perjuangan Mahathir? Kemana PPBM dan Pakatan Harapan selepas ketiadaan Mahathir?

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM tidak akan wujud sekiranya tidak ada Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir adalah PPBM dan PPBM adalah Mahathir. Sebab utama PPBM wujud adalah kerana hasrat Mahathir hendak menggulingkan Najib Tun Razak. Sekiranya tidak ada Najib, maka tidak akan ada juga PPBM.
Sekarang Najib bukan lagi Perdana Menteri. Apabila sampai masa nanti Mahathir juga tidak ada lagi, adakah PPBM masih diperlukan? Dua sebab kenapa PPBM diwujudkan. Yang pertama, sebab Najib, dan yang kedua ialah sebab Mahathir. PPBM wujud kerana Mahathir ingin menggulingkan Najib. Apabila kedua-dua, Najib dan juga Mahathir tidak ada lagi, apa gunanya PPBM?
Ramai yang sudah mula menyedarinya. Tapi yang ramai tidak sedar adalah idea untuk menubuhkan PPBM datangnya dari Lim Kit Siang.

Penubuhan Bersatu atau PPBM adalah idea Lim Kit Siang

Mahathir letak jawatan dari Umno kerana beliau merajuk apabila Mukhriz disingkirkan. Perkara yang sama telah berlaku pada tahun 1969 dan 2007. Mahathir merajuk dan berkerjasama dengan pembangkang pada tahun 1969 dan 2007 semata-mata kerana bergaduh dengan Perdana Menteri. Tetapi selepas Perdana Menteri letak jawatan, Mahathir telah kembali ke Umno.
Kit Siang menyedari bahawa Mahathir masih sayang kepada Umno. Tetapi beliau keluar dari Umno dan bekerja dengan pembangkang semata-mata untuk memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan. Selepas itu, Mahathir akan kembali ke Umno.
Kit Siang telah menyuruh Mahathir membuka parti baru sekiranya beliau ingin bekerja dengan Pakatan Harapan. Untuk seorang individu, ianya amat sukar untuk Pakatan Harapan bekerja dengan beliau. Disebabkan itulah Mahathir telah menubuhkan PPBM. Dan Kit Siang tahu, sekiranya Mahathir menubuhkan parti baru, dan sekiranya Umno ditumbangkan, Mahathir tidak akan boleh lagi balik ke Umno kalau ikut perlembagaan parti.

Siapa akan ambil alih kepimpinan PPBM selepas Mahathir?

Kit Siang ingin ‘mengunci’ Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Kit Siang tidak mahu apabila Najib letak jawatan, atau disingkir, Mahathir akan kembali ke Umno. Sekarang ini Mahathir sudah terjerat di dalam Pakatan Harapan dan tidak boleh lagi kembali ke Umno.
Jadi tujuan PPBM ini hanya untuk menjatuhkan Najib. Sekarang, bukan saja Najib, tetapi Umno dan Barisan Nasional juga telah jatuh. Jadi apa harus Mahathir lakukan seterusnya?
Sekarang ini Mahathir terpaksa menentukan kejayaan PPBM dan Pakatan Harapan. Mahathir tidak ada lagi pilihan lain. Dan kekuatan PPBM terletak kepada Mahathir. Ini juga sama dengan kekuatan Pakatan Harapan. Tetapi apa akan terjadi sekiranya Mahathir sudah tiada lagi? Siapa yang akan mengambil alih untuk meneruskan perjuangan Mahathir? Kemana PPBM dan Pakatan Harapan selepas ketiadaan Mahathir?

Mahathir sudah terjerat di dalam Pakatan Harapan dan tidak boleh ‘escape’?

Ini tidak jelas. Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Mukhriz Mahathir, Mat Sabu, dan lain-lain pemimpin Pakatan Harapan tidak boleh capai apa yang Mahathir berjaya lakukan. Sekiranya Mahathir sudah tidak ada lagi, Pakatan Harapan akan menjadi tunggang terbalik. Mati Mahathir, maka mati PPBM dan Pakatan Harapan juga.
Pemimpin Pakatan Harapan yang lain tidak mampu membuat apa yang Mahathir telah buat . Sebab utama kenapa mahathir mampu membuat apa yang dibuatnya adalah kerana kempennya memburukkankan Najib telah berjaya. Isu 1MDB dan isu Najib rompak negara ialah senjata Pakatan Harapan untuk menumbangkan Najib, Umno dan Barisan Nasional.
Hari ini, senjata itu sudah tumpul dan tidak boleh lagi diguna pakai untuk pilihan raya akan datang. Mereka memerlukan senjata yang baru tetapi mereka tidak ada senjata lain selain dari 1MDB dan isu Najib rompak negara.

PPBM dan Pakatan Harapan akan dikubur bersama Mahathir

Apabila tamat riwayat Mahathir maka akan tamat juga riwayat PPBM dan Pakatan Harapan. Dan ini akan berlaku diantara satu atau dua tahun lagi. Mahathir tidak akan memimpin PPBM dan Pakatan Harapan sehingga tahun 2023. Kemungkinan besar, sebelum itu lagi Mahathir sudah tiada.
Umno, MCA, MIC dan Barisan Nasional tengah berada di dalam proses pembahuruan. Semua ahli Barisan Nasional tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PAS. Kaum Cina dan India sudah mula nampak yang Pakatan Harapan hanya berjanji kosong dan tidak mampu menunaikan semua janji-janji mereka. Sebab utama ramai yang mengundi Pakatan Harapan adalah kerana janji-janji Pakatan Harapan, yang kini janji mereka sudah tidak wujud lagi. Kalau nak buat perbandingan, zaman Barisan Nasional jauh lebih baik dari zaman Pakatan Harapan.
Banyak dasar-dasar Pakatan Harapan dicuri dari Barisan Nasional dan ditukarkan kepada nama yang baru. Dan dasar-dasar Pakatan Harapan banyak telah gagal. Pengumuman tentang hutang negara sebanyak RM1,000 billion telah menjejaskan keyakinan pelabur dan menyebabkan pasaran saham jatuh. Penghapusan GST telah menyebabkan pendapatan Malaysia merosot. Perlaksanaan SST telah menyebabkan harga barang naik. Dan banyak lagi.

Najib masih sempat untuk mengkafankan PPBM dan Pakatan Harapan

Tidak ada satu dasar Pakatan Harapan pun yang menguntungkan negara atau rakyat. Semuanya membuat keadaan bertambah lagi teruk. Dan rasuah di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak berbeza dari dulu. Isu rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng satu dari banyak lagi contoh. Semua ini membuktikan yang Pakatan Harapan hanya cakap kosong saja.
PPBM dan Pakatan Harapan kena berdoa dan berharap agar Mahathir akan hidup dan terus menjadi Perdana Menteri hingga ke tahun 2023. Sekiranya tidak, maka PPBM dan Pakatan Harapan akan mati bersama Mahathir. Mahathir adalah PPBM dan PPBM adalah Mahathir. Mati Mahathir maka mati PPBM dan Pakatan Harapan. Itulah hakikat yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.