`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 19, 2019

Putar-Belit Dan Pusing-Pusing: Sifat Semulajadi Pakatan Harapan

Sekarang, oleh kerana Mahathir sudah menjadi sekutu Pakatan Harapan, Kit Siang dan Guan Eng berkata kerugian Bank Negara bermain dengan pasaran pertukaran matawang asing adalah sebanyak RM10.7 bilion dan bukan RM31.5 bilion.

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Pada tahun 1994, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan, mereka berkata Bank Negara mengalami kerugian sebanyak RM10.7 bilion kerana bermain dengan pasaran pertukaran matawang asing atau foreign exchange market (FOREX).
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, pula, mempertikaikan angka RM10.7 bilion itu dan berkata jumlah yang sebenarny adalah RM31.5 bilion.
Apabila Anwar sudah tidak lagi di dalam kerajaan dan bersekutu dengan Pakatan Harapan, beliau setuju dengan Kit Siang dan Guan Eng dan berkata kerugian Bank Negara main pasaran pertukaran matawang asing adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM10.7 bilion.

BACA LAGI DI SINI: Kit Siang Kata, “Kerugian FOREX RM31.5 Bil”; Guan Eng Kata, “Bohong”

Sekarang, oleh kerana Mahathir sudah menjadi sekutu Pakatan Harapan, Kit Siang dan Guan Eng berkata kerugian Bank Negara bermain dengan pasaran pertukaran matawang asing adalah sebanyak RM10.7 bilion dan bukan RM31.5 bilion.
Sekiranya Anwar bergaduh dengan Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng akan patah balik dan akan buat U-turn dengan mengatakan bahawa kerugian Bank Negara bermain dengan pasaran pertukaran matawang asing ialah RM31.5 bilion dan bukan lagi RM10.7 bilion.
Nampak sangat yang Kit Siang dan Guan Eng ni cakap berputar-belit dan berpusing-pusing. Inilah sifat semulajadi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan. Tak pernah cakap betul. Selalu bohong.
Sekejap RM31.5 bilion. Sekejap RM10.7 bilion. Sekejap orang ni yang salah. Sekejap orang tu yang salah. Pening dengan cerita dongeng Pakatan Harapan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.