`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 28, 2019

Ustaz Kursus Kahwin Dikecam Kerana Kata Perempuan Tak Tutup Aurat Layak Dizina!

Perempuan yang tidak tutup aurat layak dicabul dan dizina'i? Betulkah pandangan itu?

Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penceramah berstatus ustaz ketika menyampaikan kuliah dalam kursus nikah kahwin.


 
Perkara itu diucapkannya ketika berada dalam Universiti Malaya, yang disampaikan kepada golongan mahasiswa.

Mereka yang hadir dalam program tersebut rata-ratanya berasa marah dengan sikap penceramah tersebut dan mengecam perbuatan ustaz itu di laman sosial.

Video mengenai ceramah itu juga tular sejak malam tadi. 

Oleh : Ashraff Nazrin 

ADA USTAZ KURSUS KAHWIN KATA PEREMPUAN TAK TUTUP AURAT LAYAK DIZINA!

Aku sebenarnya taknak pun orang tahu aku hadir ke satu kursus yang diwajibkan kerajaan ni sebelum ke gerbang seterusnya. Tapi apa yang berlaku tadi memang perkara yang paling sial dan memalukan dalam kursus tersebut!

Hari pertama ada beberapa tajuk dibincangkan, setiap tajuk disampaikan oleh penceramah berbeza. Tajuk pertama Tasawur Islam, aku okey saja walaupun agak boring tapi penting sebagai asas dan paling penting ustaz tu tak melalut dan buat lawak bukan-bukan.

  

 
Tajuk kedua pula mengenai tanggungjawab. Sebelum aku datang ke program, aku dah tengok tentatif dan yakin seyakin-yakinnya bahawa topik ini akan jadi bahan paling sedap untuk digoreng penceramah.

Dan memang betul, penceramah kalini goreng dia tak main-main. Sampai hangus!

Awal-awal mula berceramah saja suara dia dah menyakitkan hati. Terjerit-jerit macam tak ada microphone. Dia ingat audience ni pekak badak ke?

Tu belum bab dia masuk hal ideologi. Semua dibodohkannya. Liberal, pluralisme semua kena!

Yang paling best, ustaz ni simple minded dia tahap kalau boleh otak ni takpayah pakai. Dengan senang dia melabel semua rumahtangga yang rosak tu konfem disebabkan tak sembahyang.

Terketar-ketar tangan aku nak angkat dan tanya PU Abu tu sembahyang ke tak. Tapi sebab hormat penganjur, aku tahankan diri.

Dan yang membuatkan aku fed up, ustaz tersebut menggelarkan perempuan yang tak menutup aurat layak dicabul dan dizina.

Kemudian diapitnya pula dengan analogi orang jual buah durian tepi jalan. Kalau buah yang dah siap kopek dan nampak isi, orang cucuk isinya dengan jari. Tapi kalau tak kopek dan tak nampak isi, orang tak usik.

Bodohnya ustaz ni dia tak tahu yang orang kalau taknak usik buah tu, kopek ke tak kopek, nampak isi ke tak, dia tak pandang dan terus je berjalan. Itu lah konsep tundukkan pandangan.

Aku ada video rakaman bab perempuan layak dizina, tapi aku simpan dulu. Sebab aku tengah marah.

Lepas sign kedatangan, aku terus berambus sampai topik seterusnya bab perubatan barulah aku masuk balik.

Dan ya, pemberi ceramah kalini bukan seorang ustaz, tapi jururawat biasa dan pengisiannya lagi berisi dari ustaz yang bangang tadi!

Shame on you agamawan! - sozcyili

  


1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.