`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 23, 2019

"Buat insan yang bernama Salwani"



Link : https://youtu.be/1gwPDpQGOQo


Sedihnya kalau kita nak tunggu hero Bonnie Tyler, kita kena tunggu sampai kucing bertanduk atau pisang berbuah dua kali. 


But there is a hero in Malaysia.  
However it is not a guy. 
It is a brave lady who put herself at some risk. 
Her name is Nor Salwani Muhammad.





KUALA LUMPUR, Nov 23 — Government auditor Nor Salwani Muhammad is now hailed as the icon of the civil service after it came out in court that she secretly retained a draft copy of the original 1MDB audit report, which was ordered destroyed.


Here some one using the name Mawar Putih (terima kasih) has written a pantun for Puan Nor Salwani.


Buat insan yang bernama Salwani :

"Di sinilah letaknya maruah tulen Melayu jati.
Maruah yang hilang dan dicari-cari
Oleh empat profesor universiti


Bukan di Stadium Melawati.
Bukan pada profesor yang menjerit atas pentas macam kena sawan gila babi.


Bukan dengan Tabung Haji,
Yang menaranya megah dan tinggi,
Tapi isinya rapuh dengan korupsi.
Dan untungnya hanya dalam mimpi,
Yang dicipta oleh akauntan Muslim tidak berintegriti.


Bukan dengan FGV,
Yang nilai sahamnya menjunam dengan teruk sekali,
Dan minyaknya India enggan beli lagi.


Bukan dengan 1MDB,
Yang bosnya tidak ada malu mencuri,
Dan hutangnya digerenti,
Tidak habis dibayar sampai tujuh generasi.


Bukan dengan yayasan filantropi,
Yang derma kepada tuannya sendiri.


Bukan dengan projek pertanian berintegrasi,
Yang membela lembu dalam pangsapuri.


Bukan dengan mufti negeri,
Yang mempertahankan firaun berkorupsi.


Di sinilah letaknya maruah tulen Melayu yang dicari.
Pada  seorang wanita, insan bernama Salwani.


Courtesy of Mawar Putih


My comments : Allahuma solli alaikum

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.