`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 11, 2019

Kebanyakan peserta program PRK BN ‘orang luar’, kata Karmaine

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini.
PEKAN NANAS: Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini percaya kebanyakan peserta program Barisan Nasional sempena pilihan raya kecil Tanjung Piai “orang luar”.
Beliau berkata penduduk tempatan tidak akan memakai seragam BN, yang kebiasaannya dipakai oleh jentera parti.
“Kebanyakan jentera yang membantu. Kalau baju biru semua orang luarlah. Tempatan tidak akan pakai baju macam itu,” katanya ketika ditemui pada satu majlis pecah tanah hari ini.
Karmaine diminta mengulas mengenai kehadiran orang ramai ke program-program PRK Tanjung Piai.
Tanjung Piai akan mengundi pada 16 Nov ini. Bagi Karmaine, kehadiran orang tempatan lebih baik berbanding kebanjiran orang-orang luar.
“Kehadiran 30 atau 40 orang (tempatan) lebih baik daripada 300 orang (luar),” katanya, dan menambah jenteranya lebih tertumpu kepada menemui penduduk secara berdepan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.