`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 22, 2019

Negara Bakal Ke ‘Longkang’ Sekiranya PH Terus Memerintah – Dr Adham

(Umno Online) – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sekiranya Pakatan Harapan (PH) masih tidak melaksanakan tanggungjawab, janji dan transisi Mahathir-Anwar tidak diselesaikan maka pelabur akan mula tarik ‘handbreak’ yang akhirnya bakal menyebabkan negara akan ke ‘longkang’.
Justeru jelas beliau, negara kini memerlukan satu kerajaan yang menggantikan PH.
“… dan pengganti ini iaitu Barisan Nasional (BN) perlu menterjemahkan dua perkara iaitu satu telah diterjemahkan di PRK Tanjung Piai dan kedua usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional, inilah penguat solidariti kita.
“Sebab itu di PRK Tanjung Piai kita gunakan slogan ‘apa lagi mahu ditipu’ dan ia berjaya lekat di hati rakyat. Kita mahu rakyat sedar bahawa Muafakat Nasional tawaran baru kepada rakyat,” ujar beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam segmen Dari Parlimen yang membawa tajuk ‘Tsunami Politik dan Muafakat Nasional’ pada Rabu, malam.
Tambah Dr Adham, pembangkang bukannya mahu mencabar kerajaan tetapi dek kerana ketidakpuasan hati rakyat menyebabkan pembangkang menjadi pilihan rakyat bagi menterjemahkan rasa tersebut malah sekiranya ada lagi PRK di masa akan datang tidak mustahil apa yang terjadi di Tanjung Piai bakal berulang.
“Dulu pelbagai perkara yang ditawarkan kepada rakyat namun ia tidak sampai ke bawah tetapi kini ‘dasar menjual aset dan ekonomi semakin menguncup semuanya sampai kat bawah. Rakyat betul-betul faham dan rasa ‘dasar’ ini.
“Kemudian kita lihat pembentangan bajet baru-baru ini… tidak ada sebutan langsung berkaitan hutang PTPTN hendak dihapuskan atau hendak membantu hutang dimansuhkan malahan pendidikan percuma yang dilaung-laungkanpun tidak wujud… menyedihkan satu juta pekerjaan pun tidak ada.
“Maka daripada 125 saluran, 124 saluran BN menang cuma satu saluran sahaja tewas tipis. Ini membawa erti bahawa pelbagai kaum bersatu hati menolak PH dan penolakan ini bukan melambangkan hari ini tetapi melambangkan masa depan,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.