`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 2, 2020

KM Melaka mohon bubar DUN, beri ruang pilihan raya negeri

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari membuat permohoan untuk membubarkan DUN negeri itu hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ketua Menteri Melaka Adly Zahari memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi peluang kepada pilihan raya negeri diadakan.
Dalam satu kenyataan, Adly memberitahu beliau sudah bertemu Yang Di Pertuan Negeri Melaka Khalil Yaacob hari ini bagi memaklumkan permohonan tersebut.
“Mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik negeri Melaka yang boleh menjejaskan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“…maka saya telah mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama untuk membubarkan DUN Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.”
Sebelum ini, situasi kerajaan Melaka dikatakan tergantung selepas PPBM mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH) menjadikan komposisi kerusi DUN Melaka antara PH dan Barisan Nasional (BN) terikat 13-13.
Sekiranya DUN Melaka dibubarkan, negara bakal menyaksikan PH kehilangan satu lagi negeri selepas Johor susulan kemelut politik sejak seminggu yang lalu yang turut menyaksikan pentadbiran Putrajaya bertukar tangan kepada gabungan parti politik baru melibatkan PPBM, BN, PAS, GPS dan beberap ahli Parlimen lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.