`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 10, 2020

MB Perak hadap Sultan Nazrin maklum situasi terkini

Ahmad Faizal Azumu.
IPOH: Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu pagi ini menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi memaklumkan situasi terkini politik negeri.
Kenderaan rasmi yang membawa Ahmad Faizal, 50, tiba di Istana Kinta pada 9.10 pagi.
Difahamkan, Faizal juga akan mempersembahkan senarai calon untuk jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Semalam, Ahmad Faizal dalam sidang media di sini mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada Umno, PAS dan PPBM mendapat sokongan 32 Adun bagi membentuk kerajaan baru.
Bercakap pada sidang media sulung Perikatan Nasional itu, Faizal berkata sokongan daripada 25 ADUN Barisan Nasional yang semuanya Umno, PAS (3) dan PPBM (4).
Selain itu, 4 Adun daripada Pakatan Harapan (PH) bertindak meninggalkan parti masing-masing dengan seorang Adun PKR menyertai PPBM, serta 2 Adum DAP dan seorang Adun Amanah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.
Mereka ialah Adun PKR Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri yang menyertai PPBM, manakala Adum Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam kedua-duanya daripada DAP, serta Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dari Amanah memilih menjadi bebas.
Yong, Sivasubramaniam dan Hasnul Zulkarnain bagaimanapun menyokong Perikatan Nasional yang akan mengambil tampuk pemerintahan negeri daripada PH selaras dengan jajaran politik baru di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.