`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 8, 2020

Ostard Wal Retard Cabul Lagi 11 Pelajar Di Pusat Pembuangan Anak



Polis kini giat memburu 2 lelaki cabul pelajar tahfiz dipercayai berasal dari Selatan Thailand.
KEPALA BATAS: Polis sedang mengesan 2 lelaki warga Thailand termasuk seorang yang menyamar sebagai ustaz dan mengajar di sebuah madrasah di Tasek Gelugor, sebelum bertindak melakukan amang seksual serta melanggar kesopanan ke atas 5 pelajar lelaki di situ dalam kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 27 Feb lepas itu, seramai 11 pelajar lelaki berusia 9 hingga 15 tahun diarahkan ke rumah didiami 2 lelaki terbabit yang tidak jauh dari asrama madrasah berkenaan kononnya untuk mengaji Al-Quran.
“Sebaik tiba di rumah dua lelaki itu kumpulan pelajar dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu 5 daripadanya dipanggil untuk ke sebuah bilik di tingkat atas dan ketika itu semua mangsa ada melihat seorang lelaki lain di dalam rumah suspek.
“Menurut 5 pelajar yang dipanggil ke tingkat atas itu, mereka dibacakan sesuatu pada badan mereka dan seterusnya lelaki yang dipanggil ‘Ustaz Thailand’ menyelak kain serta jubah yang dipakai pelajar berkenaan sebelum mencabul semua mangsa,” katanya kepada Bernama, semalam.
Katanya, 6 lagi pelajar yang turut pergi ke rumah itu tidak dicabul namun semua mereka diarahkan oleh ustaz terbabit untuk meminta berzikir tanpa henti untuk tujuan memanggil jin semasa suspek memasang colok sebelum kesemuanya dibenarkan pulang ke asrama pada pukul 3 pagi.
Noorzainy berkata kejadian itu hanya terbongkar selepas 2 daripada pelajar yang dicabul itu mengaku kepada seorang ustazah yang mereka membuat kesalahan besar sebelum ustazah itu merasa pelik dan bertanyakan lebih lanjut sebelum akhirnya 2 pelajar menceritakan apa yang berlaku.
Katanya ekoran itu, pihak madrasah berkenaan memanggil semua pelajar yang pergi ke rumah ustaz berkenaan dan 5 daripadanya mengaku dicabul sebelum masing-masing membuat laporan polis manakala ustaz bersama pembantunya melarikan diri sebaik mengetahui perbuatannya terbongkar.
“Semua 11 pelajar yang pergi ke rumah lelaki mengaku ustaz itu dapat mengecam wajah suspek dan seorang lelaki iaitu pembantu yang menguruskan alatan seperti colok dan limau purut di lokasi kejadian serta seorang lagi lelaki iaitu pemilik rumah yang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata polis kini giat memburu 2 lelaki terbabit dipercayai berasal dari Selatan Thailand dan berumur 30-an itu bagi membantu siasatan.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung 2 lelaki itu boleh menghubungi Balai Polis Tasek Gelugor di talian 04-5731200 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di talian 04-5759122 bagi menyalurkan maklumat.

1 comment:

  1. Nampaknya perihal bontot- membontot nii tak akan berakhir lagipun kes terdahulu pun dah sunyi sepi jadi NFA oleh pihak bertanggungjawab. Puak extremist huru-hara dengan UEC tapi membuta dengan pembontotan tahfiz. Aneh! Heran! ... tapi Nyata!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.