Pada 17 Januari 2019 selepas isu AP pasir kroni terdedah Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar (PKR) menafikan beliau memberikan Kelulusan Permit (AP) bagi mengeksport pasir sungai secara rundingan terus kepada syarikat kroni.
AP Pasir
Dilaporkan sebenarnya banyak AP Pasir diluluskan oleh Dr Xavier kepada kroninya termasuk syarikat  kroni PKR yang bermodal RM2 hanya untuk di sub atau jual kepada syarikat cina yang bukan pemegang AP.
Oleh kerana Kerajaan PH telah tumbang disarankan Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang baharu Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah menyemak semula pengeluaran AP eksport Pasir ke luar negara kepada syarikat yang tidak layak.
Syarikat RM2 milik PKR!
Surat AP Pasir yang ditandatangani Dr Gerald Sundaraj Setiausaha Sulit Kanan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 5 September 2019 rujukan KATS.PM.100-4/3/6 Jld.5 (17) Pengeksportan pasir keluar negara kepada Ocean Serenity Sdn Bhd sebagai antara bukti ketirisan Dr Xavier.
Kawasan pasir di Kedah yang mempunyai hasil banyak, jutaan ringgit tetapi diberi kepada syarikat RM2!
AP ocean RM2
Setiap surat seperti ini keluar dari pejabat Menteri ratusan ribu rasuah diberi kerana meluluskan AP Eksport Pasir..
Ocean Serenity Sdn Bhd syarikat yang ditubuhkan 2017 aktif tahun 2019 (seperti dalam SSM). Syarikat tidak punya wang diberi permit eksport pasir keluar negara. Untuk apa? jika tidak kerana dijual kepada pihak luar. Menurut sumber syarikat Ocean Serenity RM2 dimiliki oleh pemimpin PKR negeri. Pengarahnya ialah Mohammad Sollahuddin Che Omar dan Muhammad Shaukhi.
ocean1
ocean2
ocean3
ocean4
Syarikat macam ni boleh dapat AP eksport pasir ke luar negara?
menteri dan ksu
Kepada Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj Nasarah dan KSU KATs mohon bertindak menyiasat skandal rasuah Menteri PH. Selamat berkhidmat
Mohon Menteri membuka dan menyiasat semua fail AP Pengeksport Pasir ke luar negara. Jika terdapat ketirisan dan salah guna kuasa sila lapor kepada SPRM untuk tindakan. Ini belum lagi fail-fail tender kontrak paip, loji, pembetungan, tenaga dan lain-lain lagi. Jika di korek pasti akan ditemui!
Captain M
15 Mac 2020