`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 9, 2020

Who is the DPM?

Malaysiakini

TEKS UCAPAN
PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET BAHARU
KERAJAAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD
YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
9 MAC 2020 

Bismillahirrahmanirrahim, 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati
sekalian,

1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat
dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan
ikutan sepanjang zaman.

2. Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk
berbincang dengan rakan-rakan pimpinan daripada parti
BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan
PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin
parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan
kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah
Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini.
CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT

3. Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi
global masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang
perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa
besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan
dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya
turut dirasai oleh negara kita.

4. Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu
ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk
membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua
masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah
menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk
membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan
permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu
kejayaan yang lebih gemilang.

5. Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang
memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang
lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan
berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet
saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang
berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

6. Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah
kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan
saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak
SPRM dan PDRM.

7. Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah
kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat
menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu,
saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior
Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal
kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi,
keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan
sosial.

8. Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan
isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang
yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan
berkesan. Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet
yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat – a cabinet that delivers.

9. Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan
tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan
mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.
Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada
keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana
Menteri dilantik.

10. Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa
kementerian akan distruktur semula.

11. Antaranya ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini
dalam struktur yang sedia ada dibebani dengan bidang tugas
yang amat besar serta mencabar kerana ianya meliputi
pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke pengajian
tinggi. Oleh yang demikian saya telah memutuskan untuk
mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
samping mengekal dan memperkasakan Kementerian
Pendidikan.

12. Dengan ini, KPT akan dapat memberikan fokus kepada
sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan
memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah
dan menengah.

13. Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negara
yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan
agama. Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan
penentu kelangsungan atau survival negara kita. Menyedari
hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan
Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan.

14. Aspek kelestarian alam sekitar juga penting dalam
mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita semua,
anak-anak kita dan generasi akan datang. Sumber-sumber
semula jadi di negara kita mesti dipelihara dengan baik. Justeru,
sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian
Alam Sekitar akan diwujudkan.

15. Kerajaan juga serius untuk menangani isu-isu
pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat di Sabah
dan Sarawak. Kabinet saya akan memastikan semangat
Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 akan diterjemah dalam
bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara
langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak.
Justeru, saya akan mewujudkan satu portfolio khusus mengenai
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh
seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

16. Dengan bertawakkal kepada Allah, mengharapkan
bantuanNYA, saya dengan ini akan mengumumkan senarai
nama anggota kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya
untuk kemaslahatan negara. Sedaya mungkin saya dalam
pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman Allah dalam
Surah al-Qasas ayat 26:

نيملۡٱ ىوقلٱ ترج ـتسٱ نم ريخ ن إ
 
Yang bermaksud:

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja
itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH"

17. Sekali lagi pada Allah saya berserah atas ijtihad saya,
maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan senarai
Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri  YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai
senator) 

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan   YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik
sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan  YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik
sebagai senator) 
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-
undang)  YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik
sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan
Sarawak)  YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan  YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar  YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan
dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia  YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga  YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi  YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri  YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji  Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan   YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan  YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar  YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong 

Menteri Luar Negeri  YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj
Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara   YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan  YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal
(akan dilantik sebagai senator)

PENUTUP

18. Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota
Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah
umumkan. Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi
rakyat dan negara.

19. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan
mandat kepada saya untuk menentukan barisan kabinet.

20. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat
Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di
hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam
petang di Istana Melawati, Putrajaya.

21. Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq dan
hidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk
menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

2 comments:

  1. Replies
    1. Bro...salah pintu .ni blog lain .
      Tapi aku faham ,Syed pundek tu takan lepaskan komen bro .

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.