`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 18, 2022

Angkara ‘Mastura’, suri rumah rugi RM87,000 termasuk duit Tabung Haji

 

Suri rumah itu percaya kononnya bagi menangguhkan waran tangkap dan mengelak akaun dibekukan, dia diminta membuka akaun baharu selain turut diminta menyerahkan maklumat mengenai akaun berkenaan serta Tabung Haji miliknya.

SIBU: Seorang suri rumah kerugian lebih RM87,000 termasuk wang simpanan dalam Tabung Haji (TH) selepas diperdaya sindiket Macau Scam konon dia dikenakan waran tangkap.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Collin Babat dalam kenyataannya berkata, mangsa berasal dari perkampungan nelayan di Igan, Bahagian Mukah, membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Sibu, semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas suri rumah berusia 50-an itu menerima panggilan daripada seorang wanita bernama “Mastura”, yang kononnya mendakwa nama suri rumah itu digunakan untuk membuat tuntutan insurans RM76,000.

Beliau berkata, suri rumah itu percaya kononnya bagi menangguhkan waran tangkap dan mengelak akaun dibekukan, dia diminta membuka akaun baharu, selain turut diminta menyerahkan maklumat mengenai akaun berkenaan serta akaun TH miliknya.

Katanya, wanita itu kemudian diarahkan membuat lima transaksi tunai ke akaun berkenaan dari tempoh 13 Dis hingga 4 Jan lalu melibatkan jumlah keseluruhannya RM61,000.

Menurutnya, wanita itu sedar ditipu hanya selepas membuat semakan baki di akaun bank berkenaan dan mendapati RM61,000 telah lesap, manakala wang RM26,138 dalam akaun TH juga telah tiada.

Collin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjebak dengan tipu helah apabila dihubungi orang tidak dikenali, yang mengaku kononnya pegawai polis, peguam, wakil insurans dan sebagainya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.