`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 22, 2022

Dilarang berarak ke Dataran Merdeka, peserta #TangkapAzamBaki duduk atas jalan

 

Penunjuk perasaan duduk di jalan menuju ke Brickfields selepas polis tidak membenarkan mereka bergerak menuju ke Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR: Penunjuk perasaan himpunan #TangkapAzamBaki bertindak duduk di atas jalan menuju ke Brickfields selepas pihak polis tidak membenarkan mereka berarak dari stesen LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka melalui Masjid Negara.

Menurut jurucakap himpunan, Tarmizi Anuwar polis bagaimanapun memberikan kebenaran untuk peserta berarak ke Brickfields.

“Polis benarkan himpunan ke Brickfields sahaja tapi kita dalam proses rundingan untuk benarkan kita ke Masjid Negara.

“Kita akan bergerak ke hadapan dan tengok sampai mana kita boleh pergi,” katanya yang juga Bendahari Parti MUDA.

Antara penunjuk perasaan yang hadir dengan pelbagai slogan tertera di baju dan sepanduk dibawa.

Tambah Tarmizi, pihaknya akan berusaha untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa agar himpunan ini berjalan secara aman.

“Kita akan hormat arahan pihak berkuasa dan beri kerjasama. Kita akan berusaha untuk mengadakan himpunan secara aman,” katanya.

Kira-kira 500 penunjuk perasaan yang mengenakan pakaian serba hitam menyertai himpunan #TangkapAzamBaki.

Penunjuk perasaan duduk di atas jalan sambil mengangkat sepanduk tertera ‘SPRM Adik Saya Punya’ ketika protes #TangkapAzamBaki.

Laungan “Hidup Rakyat! Tangkap Azam Baki!” bergema di stesen LRT Bangsar yang dilaungkan beberapa penunjuk perasaan himpunan #TangkapAzamBaki.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk bertulis “lawan” dan “lawan korupsi”. Sementara yang lain turut kelihatan membawa topi keledar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.