`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 17, 2022

Larangan pakai songkok, kopiah ditarik balik hari sama, kata pengurus hotel TH

 

Larangan pekerja hotel THKJ memakai songkok dan kopiah ditarik balik pada hari sama iaitu sejam setengah selepas surat arahan dikeluarkan, kata Mohamad Nazrul Nazib Nasihin.

PETALING JAYA: Larangan pekerja Tabung Haji Hotel Kelana Jaya (THKJ) memakai songkok atau kopiah ketika bertugas sudah ditarik balik pada hari sama ia dikeluarkan, jelas pengurusnya Mohamad Nazrul Nazib Nasihin.

Beliau memberitahu, ia ditarik balik selepas pihaknya merasakan terdapat kekeliruan berkenaan larangan itu.

“Sebenarnya, sejam setengah selepas itu, pada hari sama, saya sudah tarik balik surat, secara dalaman.

“Surat (penarikan balik) itu kami letakkan dalam kumpulan kami, platform dalaman. Jadi dalam platform yang sama juga kami beritahu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook semalam berkata tidak menjadi masalah untuk pekerja THKJ memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.

Menurut Idris, beliau sudah mendapatkan maklum balas daripada CEO Lembaga Tabung Haji (TH) Amrin Awaluddin berhubung satu surat bertarikh 14 Jan, menyatakan pekerja THKJ dilarang memakai songkok dan kopiah ketika bertugas.

Katanya, beliau juga meminta CEO TH segera menyelesaikan isu berkenaan.

Nazrul ketika menjelaskan lebih lanjut berkata, beliau tidak pasti mengapa hanya surat larangan disebarkan.

“Itu saya tak boleh komen. Sekarang isu ini di bawah kuasa korporat komunikasi TH,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.