`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, January 12, 2022

Larikan diri selepas ujian Covid-19, OKT ditahan semula polis

 

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang OKT berbaju dan berseluar ungu melarikan diri ketika urusan menaikkan sekumpulan OKT ke lori polis, selepas ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang.

KUALA LUMPUR: Seorang orang kena tahan (OKT) yang cuba melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih, dekat sini semalam, ditahan semula polis kira-kira 50m dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian 11 pagi itu, anggota polis bertugas mengiringi 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan menaiki lori polis.

“Setelah selesai ujian saringan, semua OKT dinaikkan semula ke dalam lori polis…tiba-tiba seorang daripada mereka cuba melarikan diri, namun OKT itu ditahan semula dan dimasukkan ke lokap balai Kajang dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk video tular di TikTok menerusi akaun id@goodymy_official selama 38 saat yang memaparkan seorang OKT berbaju dan berseluar warna ungu terlepas semasa urusan menaikkan OKT ke lori polis.

Katanya, lelaki terbabit merupakan OKT yang ditahan bersabit kes samun dan direman hingga esok.

Zaid berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.