`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 25, 2022

Lelaki maut di hotel selepas suntikan besarkan otot punggung

 

Polis berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki berusia 31 tahun itu disebabkan paru-paru bengkak dan berair.

PETALING JAYA: Seorang lelaki berperwatakan lembut yang baru mendapatkan perkhidmatan membesarkan otot punggung ditemui meninggal dunia, di sebuah hotel di Teluk Intan, Perak, semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa berusia 31 tahun didapati tidak bernafas dalam keadaan terbaring di katil oleh rakannya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan mengambil suntikan untuk tujuan itu daripada seorang peniaga kosmetik pada 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa dikatakan membuat janji temu dengan wanita dari Melaka itu untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan pada harga RM500 bagi satu suntikan.

“Lebih kurang 12 tengah hari selepas selesai suntikan, mangsa meminta izin untuk berehat dalam bilik kerana penat. Ketika itu mangsa ditemani rakannya, manakala wanita terbabit keluar hotel untuk pulang ke Melaka.

“Bagaimanapun pada 3 petang, wanita itu kembali semula ke hotel selepas dimaklumkan mangsa tidak bernafas dan tidak bergerak,” katanya
menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kematian mangsa disahkan pegawai kesihatan di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, doktor tidak dapat mengaitkan punca kematian mangsa dengan kesan suntikan yang diambil.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan paru-paru bengkak dan berair. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.