`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 25, 2022

Malaysia cari solusi menyeluruh perangi perhambaan moden, kata Hamzah

 

Isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa merupakan isu rentas sempadan yang berlaku di kebanyakan negara, menurut Hamzah Zainudin.

JAKARTA: Malaysia komited untuk terus memerangi perhambaan moden secara holistik agar mangsanya dapat dilindungi, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, fokus kerajaan bukan semata-mata untuk mengurus kemasukan pekerja asing tetapi melihat kaedah berkesan untuk mengurangkan masalah pemerdagangan manusia dan buruh paksa.

“Jadi sebab itu saya hadir bersama tokoh-tokoh dari negara kita. Saya bawa mereka untuk selesaikan masalah perundangan dalam waktu sama mahu maklumkan apa yang kita lakukan,” katanya.

Hamzah berkata demikian pada majlis makan malam bersama lebih 100 diaspora Malaysia di sini pada Isnin sempena lawatan kerjanya.

Beliau diiringi Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud.

Hamzah turut menjelaskan pemerdagangan manusia dan buruh paksa merupakan isu rentas sempadan yang berlaku di kebanyakan negara sama ada negara maju atau membangun.

Bagimanapun perkara ini masih belum dapat diselesaikan meskipun terdapat pelbagai undang-undang yang digubal oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, kerajaan sedang memperbaharui pengurusan pekerja asing dengan memperkenalkan sistem “e-locker” dan menubuhkan pasukan nukleus Single Border Agency untuk memantapkan kawalan pintu-pintu masuk negara.

Program Malaysia Rumah Keduaku atau MM2H turut ditambah baik bagi memastikan hanya warga asing yang berkualiti layak menikmati kemudahan itu.

“Kami akan berusaha sehabis baik untuk memperbetulkan masalah-masalah sempadan negara,” tegas Hamzah.

Dalam rangka lawatannya, Hamzah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya di Indonesia, Muhammad Tito Karnavian dan Menteri Kelautan dan Perikanan, Sakti Wahyu Trenggono.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat membanteras penangkapan ikan secara haram di sempadan perairan kedua-dua negara melalui rondaan bersama.

“Operasi yang dilakukan bukan untuk mencegah nelayan negara lain, tetapi nelayan dari negara kita sendiri yang tidak mahu mengikuti undang-undang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.