`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 21, 2022

Palsukan penyata bank untuk tender RM3.1 juta, pembantu penguat kuasa direman SPRM

 

SPRM kini sedang memperoleh penyata akaun bank terbabit, selain merakam pernyataan beberapa saksi.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes memalsukan butiran dalam penyata akaun bank syarikat sejak 2019.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan reman terhadap suspek lelaki berusia 35 tahun itu dibenarkan Majistret Mohamad Farid Lateef bermula hari ini sehingga 27 Jan depan.

“Suspek ditahan semalam pada 10.30 pagi di Pejabat SPRM Kuala Lumpur semasa hadir memberi keterangan siasatan ke atasnya dipercayai menerima rasuah kira-kira RM20,000 setiap bulan untuk tempoh 20 bulan sejak Julai 2019.

“Ia sebagai dorongan bagi meluluskan tender kontrak sebuah syarikat pembersihan di Kedah yang dianggarkan bernilai RM3.1 juta,” menurut sumber itu.

SPRM kini sedang memperoleh penyata akaun bank terbabit, selain merakam pernyataan beberapa saksi dan tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah.

Pada 11 Jan lalu, SPRM telah menahan 21 individu manakala seorang lagi ditahan reman pada 16 Jan lalu bagi membantu siasatan kes sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.