`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 3, 2022

Permadu Malaysia Bercerita Lagi

 Yang berikut adalah sedikit ulasan daripada blog Permadu Malaysia tulisan sdra Fauzi Kadir.

https://permadumalaysia.blogspot.com/2021/12/sarawak-report-bercerita-lagi.html?m=1

Saya tidak akan mengulaskan apa-apa pun sebab antara lainnya ia melibatkan golongan yang mempunyai "perlindungan suaka" Akta Hasutan.

(daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu :

suaka politik hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd se­seorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik.

suaka : tempat berlindung atau tempat menumpang hidup. ~ politik hak utk tinggal atau berlindung di sesebuah negara asing, yg diberikan kpd se­seorang yg terpaksa melarikan diri dr negaranya sendiri kerana sebab-sebab politik. bersuaka memohon menumpang hidup atau berlindung pd: Sbg orang ~ dan sudah mendapat perlindungan drpd Raja itu, beliau akan memihak kpd Raja tsb.)

Yang latest pula tertular dalam Media Sosial berkenaan seorang lagi 'Dato' (ex Penjawat Awam pangkat tinggi juga) yang terlibat kontroversi mendapat lesen konsesi membalak.  Seperti biasa ada tuduh-menuduh dan nafi-menafi yang telah berlaku.

Tetapi yang pastinya pokok-pokok yang terlibat serta kerabat-kerabat pokok telah pun ditebang. Mungkin sekarang sedang menduduki rumah Tuan-Tuan sebagai perabot, katil, meja makan dan papan lapis.

Soalan saya adalah seperti berikut : nasib tuan-tuan rakyat marhaen pula macam mana?

Tuan-tuan adalah rakyat marhaen, hoi polloi dalam bahasa Perancis. Orang biasa. Golongan haprak - ikut bahasa Dr Mahathir dulu. Bila pula Tuan-Tuan boleh dapat konsesi balak? 

Saya telah perhatikan beratus dan beribu kali akan DUA perkara berikut:

Perkara no 1.  Orang yang diberi keutamaan membolot konsesi, lesen dan kontrak besar selalunya orang atasan, orang yang ada pangkat (Dato, Tan Sri) orang yang berpengaruh, orang yang ada kabel besar, orang politik dsbnya.   

Perkara no. 2. Mereka diberi peluang menjadi kaya daripada harta, wang dan kekayaan kepunyaan rakyat.  Balak itu adalah kepunyaan rakyat. Kontrak kerajaan dibayar dengan duit kepunyaan rakyat.   Konsesi itu adalah kepunyaan hak rakyat.

Selalunya mereka jadi kaya dengan mengambil daripada harta rakyat. Atau khazanah negara. Omputih kata 'public purse' atau 'public wealth' atau 'national treasures'.

Saya bagi dua contoh lagi. Contoh No. 1 Baru ini timbul kontroversi seorang anak muda (berumur dua puluhan sahaja) ia itu anak kepada seorang bekas Menteri yang dilantik   menjadi pengarah badan kerajaan entah mana dengan gaji lumayan dan kedudukan tinggi (Director).  Alasannya ialah anak muda itu berkelulusan daripada Universiti Harvard dan mempunyai 'kulit-fication' yang sesuai. Bekas Menteri itu pula pernah dikaitkan dengan projek "lembu kondo" yang melibatkan duit rakyat sebanyak RM250 Juta atau lebih. 

Daddy dan mummy sudah kenyang dengan duit rakyat RM250 Juta, telah mampu mendidik anak sampai ke Harvard tetapi anak pula balik dan bekerja memakan daripada duit rakyat lagi.  Ikut jejak ibu bapa juga. 

Why not dengan Harvard education itu depa ini masuk bersaing di pasaran bebas, tanpa perlu kepada tongkat, sabsidi dan duit rakyat?  Ok-lah emak bapa dulu daripada golongan OKU. Tapi takkan generasi kedua, sudah lulus Harvard pun masih sambung tradisi OKU, makan sabsidi, makan gaji daripada duit rakyat? Lagu nyanyian Credence Clearwater Revival kata "Till forever on it goes . . Through the circle fast and slow..I know..it cant stop I wonder" (Lagu "Have you ever seen the rain..")

Contoh No. 2 ialah kisah dua anak Cina dari Malaysia ia itu Anthony Tan dan Tan Hooi Ling yang juga adalah graduate daripada Harvard University. Mereka adalah pengasas syarikat My Teksi di Malaysia yang sekarang sudah evolusi menjadi syarikat gergasi Grab.  Pada 2021 Grab telah tersenarai (public listing) di Amerika Syarikat dengan jumlah nilai saham US$40 billion atau RM168 Billion.    Grab mempunyai lebih 6000 pekerja dan mempunyai dua ibu pejabat - ia itu di Singapura dan Jakarta.  Kedua anak Tan ini juga kelulusan Harvard University tetapi bezanya ialah mereka tidak memakan daripada harta rakyat atau makan gaji daripada duit rakyat. Sebaliknya mereka pula yang menambah kepada kekayaan negara. Contohnya beribu 'unemployed graduates' sekarang dapat peluang cari pendapatan sebagai Grab Food Delivery atau usahawan Grab Taxi.  

Soalannya sampai bila kah kaum-kaum elit OKU dalam negara kita akan terus memakan daripada harta rakyat dan duit rakyat?  Dengan menggunakan gelaran mereka, dengan kedudukan mereka, dengan status mereka, dengan pengaruh dan kabel-kabel kuat mereka untuk terus makan daripada harta rakyat? 

Tuan-tuan rakyat marhaen pula boleh tunggu di-luar pagar sajalah. Boleh tengok-tengok sajalah. Sampai tua.  "Till forever on it goes ..I know..it cant stop I wonder"




Yang berikut pula ada nyanyian versi Rod Stewart (terima kasih sdr Khairi):



The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.