KUALA LUMPUR: Selepas lebih sejam berkumpul, peserta himpunan #TangkapAzamBaki berarak dari stesen LRT Bangsar akhirnya bersurai secara aman kira-kira 12.40 tengah hari.
Sepanjang himpunan tiada pemimpin utama pembangkang yang menyertai bantahan itu, sebaliknya hanya wakil aktivis dan pemimpin sayap parti-parti pembangkang terdiri dari wakil pemuda PKR, Pemuda Amanah, Pemuda DAP, Pemuda Pejuang dan MUDA.
Antara antivis dan pemimpin sayap pemuda parti pembangkang dilihat hadir ialah, Adam Adli, Mandeep Singh, Fahmi Zainol, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee; Setiausaha pemuda PKR, Syukri Ab Razak; Ketua Pemuda Amanah, Asri Muda; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Bendari Parti Muda, Tarmizi Anuwar.
Semua peserta juga dilihat akur dengan arahan pihak polis yang tidak membenarkan mereka berarak ke Dataran Medeka.
Pihak polis hanya membenarkan peserta berarak dari Stesen LRT Bangsar ke Jalan Rakyat menujuk ke persimpanhan Brickfields kira/kira 600m dari tempat mereka berkumpul.
Berdasarkan tinjauan juga, setakat ini tiada sebarang tangakapan dan kekecohan berlaku sepanjang himpunan diadakan.
Sebaliknya sebelum bersurai, peserta demo melaungkan “boo” beberapa kali sebagai bantahan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki kerana enggan berundur.
Mereka kemudian menyanyikan lagu Negaraku sebelum bersurai kira-kira jam 12.40 tengahari.
Beberapa jalan yang dilencongkan bermula 7 pagi tadi juga dilihat mula dibuka pada 1 tengah hari tadi.
Terdahulu, kira-kira 500 penunjuk perasaan berpakaian serba hitam berkumpul menyertai demo berkenaan.
Laungan “Hidup Rakyat! Tangkap Azam Baki!” bergema di seluruh stesen LRT Bangsar yang dilaungkam beberapa penunjuk perasaan himpunan #TangkapAzamBaki.
Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk bertulis “lawan” dan “lawan korupsi”, sementara yang lain turut kelihatan membawa topi keledar sambil berarak dan menyayikan lagu “tolak Azam Baki” - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.