`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 22, 2022

PRN Johor: Bersatu tuduh Umno rakus kuasa, layan nafsu individu

 

Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan Umno Johor menggesa pembubaran DUN adalah usaha kluster mahkamah dan penyokong mereka untuk mengukuhkan kedudukan selain mengalihkan perhatian rakyat daripada kes sedang dibicarakan.

PETALING JAYA: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hasil gesaan daripada pemimpin Umno disifatkan sebagai satu tindakan “rakus” mendapatkan kuasa ketika rakyat berdepan bencana banjir dan Covid-19

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata tiada keperluan untuk DUN Johor dibubarkan kerana politik di negeri itu stabil dan tidak bergolak.

“Tetapi Umno Johor kelihatan rakus bermain politik demi kuasa, walaupun rakyat masih bergelumang dengan pandemik Covid-19 dan kesan bencana banjir.

“Tidak ada langsung sebab untuk diadakan pilihan raya, melainkan nafsu beberapa orang dalam Umno,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berpandangan bahawa, tindakan Umno Johor menggesa pembubaran DUN adalah usaha kluster mahkamah dan penyokong mereka untuk mengukuhkan kedudukan selain mengalihkan perhatian rakyat daripada kes yang sedang dibicarakan.

“Mungkin kluster mahkamah semakin terdesak dan merasakan bahawa satu-satunya cara untuk lari dari penjara ialah dengan merobek pemisahan kuasa.

“Saya tidak pelik jika Johor akan diikuti oleh negeri lain pula. Begitulah realiti orang terdesak yang rakus kuasa dan takut penjara,” katanya.

Kenyataan Wan Saiful itu menyusul selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN pada 5 petang tadi di Istana Bukit Serene.

Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu ketika dihubungi FMT berkata, partinya akan memulakan perbincangan untuk merangka strategi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Bersatu telah pun memulakan persiapan untuk mempersiap sedia kan jentera kami dalam menghadapi pilihan raya, kita akan cuba dapatkan calon yang berkaliber, muda, dan boleh diterima rakyat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.