`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 15, 2022

Rogol remaja 13 tahun, lelaki dikenali di IG diberkas polis

 

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis kerana merogol remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai dikenalinya menerusi Instagram, di Selama, Perak, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga penduduk tempatan, sejak setahun lalu menerusi aplikasi itu.

Kejadian itu dikatakan terbongkar selepas ibu mangsa mencurigai mesej pada telefon bimbit anaknya itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan penahanan suspek berkenaan.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah kereta digunakan dalam kejadian itu.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan kes ini sudah lengkap dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Harian Metro. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.