`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 22, 2022

Sambil Tuan-Tuan Jadi Kartun Orang Elit Sedang Jadi Lagi Kaya

 


Saya melihat ramai warga kita serupa kartun kebudak-budakkan. 

Apa maksud kebudak-budakkan? Dalam bahasa Inggeris maksudnya childish.

Budak-budak ertinya tidak boleh timbangkan yang betul dan salah, tidak boleh fikiran rasional, tidak tahu cara untuk mengatasi masalah dengan betul, percaya kepada kuasa atau autoriti tanpa menyoal atau bertanya, tidak tahu cari fakta dan maklumat untuk putuskan sesuatu, sangat bergantung kepada perasaan dan emosi, sangat perlu kepada "sumber rujukan" (apa yang orang berautoriti kata walaupun  tak betul), mudah teruja, mudah tertawa, mudah menangis, mudah dibawa-bawa emosi.

Jadi seorang Menteri boleh berpekik atas pentas bahawa orang utan mampu membunuh manusia padahal tiada satu kes pun dalam negara kita di mana seekor orang utan telah membunuh sesiapa pun.  

Ini adalah fakta. Serupa fakta sejarah bahawa dalam 1,400 tahun sejarah Islam tiada suatu kes pun di mahkamah di mana seorang wanita mangsa rogol dapat membawa EMPAT SAKSI  LELAKI yang telah menyaksikan wanita itu di rogol (untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan berzina pula!!)

Tidak ada kes unta boleh masuk dalam lubang jarum.  Kecuali dalam negara kita. Why? Sebab negara kita dipenuhi orang yang masih kebudak-budakkan. Bercakap tanpa memikir dengan rasional. 

Dalam keadaan rakyat yang penuh kekeliruan seperti ini ada pula orang lain yang mengambil kesempatan mencuri duit rakyat yang tidak faham pucuk pangkal apa pun.

Jadi syarikat monopoli mengambil kesempatan menipu rakyat. Orang berjawatan tinggi menggunakan kedudukan mereka untuk mencuri duit rakyat menerusi pinjaman bon (bond instruments). Yes it is still going on. Orang yang berpengaruh boleh pengaruhi pemegang amanah duit rakyat guna duit rakyat untuk bailout syarikat mereka. Orang yang ada kabel boleh pengaruhi orang besar memberi mereka kontrak beratus juta untuk membina pangkalan yang tidak berguna. 

Semua ini sedang berlaku - pada hari ini. Bukan semalam saja. Dan akan terus berlaku pada esok hari juga.

Hari ini pula hari hujan. Walaupun hujan anak-anak muda sedang berpayung dan berbaju hujan untuk berkumpul bersama untuk membuktikan mereka bukan sedikit atau seorang dua orang. Itulah tujuan berkumpul - untuk membuktikan bahawa 'we are not alone'.   

Ramai orang kaya dan kaum elit pula selesa duduk di rumah, sedang breakfast di restoran dan kelab-kelab mereka, atau berjoli overseas - semuanya dengan menggunakan duit yang di curi daripada rakyat.

Mereka sedang perhatikan - macam mana mereka boleh sapu duit rakyat lagi. Apakah mereka boleh dapat lesen monopoli membekal payung dan baju hujan kepada anak-anak muda yang turun padang hari ini?  Atau mereka boleh sapu kontrak untuk bekalkan kon plastik merah yang digunakan untuk menutup jalan?

Seperti selalu mereka sedang perhatikan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.