`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!






 

Thursday, January 20, 2022

Tiada kompromi, KPM siasat isu menu RMT, kata Radzi

 

Semalam tular catatan berserta gambar daripa seorang pengguna Facebook yang mendakwa cucu saudaranya hanya menerima menu RMT seperti dipaparkan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan mengenai menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang didakwa hanya menyediakan nasi putih dan kuah kepada murid-murid seperti tular di media sosial.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, beliau turut mengarahkan supaya sekolah terlibat dikenal pasti.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat,” katanya.

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya dalam catatan di Facebook.

Semalam, tular catatan berserta gambar daripada seorang pengguna Facebook yang mendakwa cucu saudaranya hanya menerima menu RMT seperti yang dipaparkan.

Beliau juga mempersoalkan sama ada peruntukan RMT terlalu sedikit sehingga pengusaha kantin menyediakan menu makanan sebegitu kepada murid sekolah rendah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.