`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 2, 2022

30 minit kayak hanyut ditarik pusar air, 3 lelaki selamat

 

Tiga lelaki diselamatkan pihak bomba selepas kayak mereka dihanyutkan dan masuk ke dalam kawasan pusaran air di pantai Tanjung Tuan, Port Dickson pagi tadi. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Aktiviti tiga lelaki yang sedang berkayak di pantai Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan bertukar cemas selepas mereka dihanyutkan dan termasuk ke dalam kawasan pusaran air pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Zainal Leman berkata, pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian kami mendapati terdapat tiga orang lelaki sedang berkayak dan dihanyutkan dalam pusaran air selama 30 minit. Tindakan kami adalah mengiringi kesemua mereka menggunakan bot sehingga ke pesisir pantai.

“Saya difahamkan mangsa sedang memancing dan ombak yang besar telah membawa kayak ke tengah menuju ke pusaran air dan ke tengah laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Zainal berkata, bomba menggunakan sebuah bot jenis aluminium bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat menuju ke tengah laut bagi menyelamatkan ketiga-tiga individu berkenaan.

“Semua mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.