`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 23, 2022

GUNDEK LOCAL BLACKMAIL MAT SALLEH WAN EMDIBI BELI RUMAH DI LONDON DENGAN DUIT KITA RM42 JUTA !!

 1. Al kisah Mat Salleh wan emdibi dan gundek tempatan / local.

Maka al kisah wan emdibi pun makin rancak di mahkamah di negeri Abraham Lincoln  pula. Al kisahnya seorang Mat Salleh yang telah mengaku salah dan sekarang jadi saksi utama pendakwa menceritakan bahawa sewaktu dia membantu JoLo mencuri duit wan emdibi dia juga sempat bela se-ekor gundek tempatan. 

Mulanya semua ok tetapi kemudian Mat Salleh itu jadi fed up dengan gundek local itu dan menjumpa betina lain pula (American). Maka gundek local itu pun marah dia ditongsampahkan dan mengugut akan pecahkan rahsia Mat Salleh itu curi duit wan emdibi. Cerita ini mengikut kenyataan saksi oleh Mat Salleh wan emdibi itu di mahkamah tempoh hari. Bukan saya yang buat cerita. Saya bukan lebai.

Ikut kenyataan Mat Salleh wan emdibi itu gundek local itu mendesak dibeli sebiji rumah berharga US$10 Juta atau RM42 Juta di London sebagai pampasan untuk tutup mulut dia. Maka dia pun belilah sebiji rumah di London dengan harga RM42 Juta.

Saya yakin duit untuk beli rumah itu datang daripada duit wan emdibi yang telah dicuri itu. Maksudnya duit RM42 Juta itu adalah duit kita juga. Kita berhak rampas balik duit kita itu.   

2.  Al Kisah Court Transcript by Jennifer Then, Official Court Reporter (sila klik https://st47com.wixsite.com/blog)

Sila perhatikan ayat 18 hingga 23. 

US$1 Billion sama dengan RM4.18 Billion (ikut exchange rate USD/MYR latest).

Jadi RM4.18 Billion telah terbang melayang keluar dari negara kita dalam sekelip mata saja pada satu malam saja. 

Saya nak hantar duit raya RM300 kepada bekas Indonesian maid kami di Jawa pun kena isi borang bank, perlu sebut tujuan hantar duit dan pelbagai. Kalau nak hantar duit kut money changer, money changer pula takut.

Ini pula depa boleh hantar keluar duit curi sebanyak RM4.18 Billion ke-luar negara dalam satu malam sahaja. Tiada sebarang halangan rupa-nya.

Nasib mereka baik. SPRM, Polis kurang faham baca bahasa Inggeris. 

Lebai setan pula sibuk guna duit rakyat belanja anak perempuan orang lain makan satay.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.