`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 2, 2022

Kanak-kanak cedera di kepala jatuh tingkat 4

 

Mangsa yang didapati mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dengan ambulans, menurut bomba.

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Mahawangsa 1, Kuah, di Langkawi pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Langkawi Fadzlullah Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian daripada orang awam yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra pada 8.23 pagi tadi.

“Sejurus itu, tujuh anggota berserta dua jentera dari BBP Persiaran Putra dan BBP Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Fadzlullah berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian terus memberikan rawatan awal kepada mangsa yang berusia 12 tahun itu.

“Mangsa yang didapati mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dengan ambulans. Operasi tamat sepenuhnya pada 9.10 pagi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.