`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 23, 2022

Lori terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh, pemandu cedera

 

Jabatan Kerja Raya Raub memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga diberitahu kelak. (Gambar Facebook)

KUANTAN: Seorang pemandu lori muatan surat khabar berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandunya terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di Jalan Bentong-Raub Lama berhadapan sebuah tokong Cina, semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Kama Azural Mohamed berkata kejadian itu mengakibatkan pemandu lori Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan ringan, dan dia telah dibawa ke hospital Bentong untuk rawatan.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sekitar 11.30 malam kelmarin sehingga awal pagi.

“Susulan insiden berkenaan, laluan di kedua-dua arah telah ditutup dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Raub menerusi catatan di Facebook memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda arahan disediakan, dan jalan alternatif yang boleh digunakan adalah laluan utama Persekutuan FT008,Bentong-Raub dan FT34,Central Spine Road. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.