`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 20, 2022

Pemilik kedai maut dalam pergaduhan

 

Polis sedang melakukan siasatan di lokasi mayat wanita ditemui di Serdang Perdana, Seri Kembangan malam tadi. (Gambar Facebook)

SERDANG: Seorang wanita maut dipercayai dikelar dalam pergaduhan di premis perniagaannya di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang A A Anbalagan berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat pergaduhan di premis perniagaan berkenaan pada 7.25 malam.

“Setibanya anggota polis di lokasi kejadian menemukan mayat wanita berusia 29 tahun itu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah akibat kesan kelar. Mangsa telah meninggal dunia akibat dikelar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bernama difahamkan mangsa yang mengusahakan perniagaan peti besi keselamatan bagi kediaman dan pejabat itu bergaduh dengan teman lelakinya berkaitan urusan wang.

Menurut Anbalagan, pihaknya sedang mengesan suspek terlibat serta motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.