MELAKA: Sebanyak 12 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah berikutan rumah mereka rosak akibat ribut malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS itu dibuka pada 10.11 malam.
“Semua mangsa terbabit berasal dari Kampung Belimbing Dalam dan masih dalam proses pendaftaran,” menurutnya dalam kenyataan.
Beberapa kawasan di Melaka antaranya Durian Tunggal di Alor Gajah dan Peringgit di Melaka Tengah dilanda angin kencang dan hujan lebat pada lewat petang semalam. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.