`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 22, 2022

Sajat sah tukar status jantina, jadi ‘wanita’ di Australia

 

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, berkata selesa menjadi wanita dan menghargai Australia kerana memahami keadaannya.

PETALING JAYA: Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya, berkata dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses penukaran status jantina di negara itu mudah dilakukan.

“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.

“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya menurut laporan Kosmo.

Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama ‘Nur Sajat’.

Terdahulu, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia, sejak Oktober tahun lalu kerana mendakwa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan imigresen negara itu pada 8 Sep 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.