`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 1, 2022

Sanggup kongsi duit sewa inap desa untuk ‘parti liar’

 

Kumpulan individu yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah inap desa di Sungai Petani, awal pagi tadi. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis menahan 20 individu yang menyertai ‘parti liar’ di sebuah inap desa di Jalan Presint 1, Damansara Perdana, di Sungai Petani, dalam serbuan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, 18 lelaki dan dua wanita berkenaan yang berusia 18 hingga 24 tahun, dikatakan berkongsi wang untuk menyewa inap desa terbabit dengan bayaran tertentu dikenakan.

Sesetengah daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, berkata mereka didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial dan dikenakan kompaun.

“Semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, enam lelaki positif dadah,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.