`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 21, 2022

Zawawi ganti Khairuddin jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

 

Khairuddin Aman Razali (kiri) mengucapkan tahniah kepada Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilantik menggantikannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali mengucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dilantik ke jawatan itu.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Nik Muhammad Zawawi Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang baharu,” tulisnya di Facebook petang tadi.

Terdahulu, Khairuddin melalui catatan berasingan pada petang tadi berkata, beliau dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang diadakan secara hibrid pada malam semalam sebagai Ahli dan Setiausaha majlis itu.

Dalam mesyuarat itu, katanya, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli dan Setiausaha Majlis Syura Ulama berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti itu.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama sejak 2013, seterusnya Setiausaha Majlis Syura Ulama sejak 15 Dis 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Hashim Jasin dan semua Ahli Majlis Syura Ulama yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan PAS untuk mengelakkan sebarang krisis Perlembagaan parti.”

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau akan terus menjalankan amanah sebagai Ahli Parlimen PAS dan tugasan lain dalam parti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.