`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 9, 2022

14 pembeli rumah dakwa ditipu bekas pembantu khas Ramasamy

 

Kumpulan pembeli itu telah melaporkan penipuan tersebut kepada Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, polis dan SPRM, namun sehingga kini tiada tindakan diambil. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Sekumpulan 14 individu yang mendakwa ditipu dalam pembelian rumah kos rendah milik kerajaan Pulau Pinang, menghantar memorandum kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk membela nasib mereka.

Mereka yang diwakili K Elemperu Valuthi, 64, mendakwa ditipu seorang bekas pembantu khas kepada Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, empat tahun lepas.

Katanya, bekas pembantu khas itu mempengaruhi orang ramai bahawa dia boleh membantu mereka mendapatkan rumah kos rendah milik kerajaan negeri yang berharga RM42,000.

“Lelaki tersebut juga meminta komisen wang tunai daripada pembeli, iaitu RM3,000 hingga RM8,000 kononnya bagi memudahkan mereka (pembeli) mendapatkan rumah kos rendah tersebut, namun sehingga hari ini, tiada dalam kalangan mereka mendapat tawaran rumah terbabit.

“Pada mulanya, lebih 30 orang yang menjadi mangsa pembantu khas tersebut, tetapi 16 orang telah menerima semula duit selepas dia tahu penyerahan memorandum hari ini.

“Jadi, yang belum dapat (duit) minta agar Ketua Menteri dan Ramasamy membela nasib mereka,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil Chow dan Ramasamy di KOMTAR.

Terdahulu, berlaku ketegangan selepas tercetus perang mulut antara kumpulan pembeli dan tiga individu yang mendakwa penyokong Ramasamy, namun tindakan pantas anggota polis berjaya meredakan keadaan.

Elemperu Valuthi berkata, kumpulan pembeli itu telah melaporkan penipuan tersebut kepada Ramasamy, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Pembeli berharap sangat isu ini dapat ditangani segera kerana mereka yang membeli adalah golongan kurang berkemampuan dan memang memerlukan rumah murah itu,” katanya.

Sementara itu, Ramasamy ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu isu berkaitan penipuan membabitkan bekas pembantu khasnya itu dan enggan mengulas lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.