`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 9, 2022

Jangan ikut taktik pembangkang lagakan lawan, kata Hishammuddin

 

SIMPANG RENGGAM: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein menasihatkan pemimpin dan penyokong gabungan itu tidak terikut-ikut taktik pembangkang melaga-lagakan lawan mereka.

Beliau menyifatkan taktik itu perkara biasa, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini.

“(Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno) Puad Zarkashi sendiri sudah nafi, dia tak nak jawatan Exco pun.

“Saya nasihat pada orang ramai, khususnya jentera kita dan penyokong, pemimpin, jangan terikut-ikut dengan sentimen yang dimainkan (pembangkang) untuk memecahbelahkan kita,” katanya dalam satu program bersama calon DUN Layang-layang BN, Abd Mutalip Abdul Rahim.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan bahawa Puad giat melobi jawatan Menteri Besar Johor, sekiranya BN menang.

Bagaimanapun, Puad semalam menafikan dakwaan itu dengan berkata, beliau sudah memaklumkan Ketua Umno dan BN Johor, Hasni Mohammad akan menolak tawaran jawatan Exco, sekiranya BN kembali mentadbir kerajaan negeri.

Hishammuddin berkata, apa yang penting bukan sokongan terhadap individu, sebaliknya perlu memastikan BN memenangi PRN Johor.

Dalam pada itu, katanya jika mahu BN menang di DUN Layang-Layang, jentera gabungan itu mesti bergerak sehingga hari penamat kempen.

“(DUN) Layang-Layang saya tengok bagus tetapi bersyarat. Jentera kita (perlu) bergerak sehingga hari penamat,” katanya.

Sementara itu, calon BN di Layang-Layang, Abd Mutalip Abdul Rahim berkata kehadiran Hishammuddin di Layang-Layang memberi satu semangat yang positif kepada jentera dan pengundi.

Katanya, dengan semangat yang diperolehi, serta nasihat pimpinan BN, beliau yakin DUN Layang-Layang dapat dipertahankan BN.

“(Kehadiran Hishammuddin), bagus. (Beliau) kempen dan beri semangat pada jentera supaya memenangkan pilihan raya kali ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.