`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 6, 2022

20 kucing mati disyaki diracun

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kematian kucing tersebut.

PETALING JAYA: Sebanyak 20 bangkai kucing ditemui bergelimpangan disyaki diracun di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu, pagi ini.

Bangkai haiwan itu ditemui pengunjung, Roshanafi Osman, 39, yang sedang bersiar-siar di pantai peranginan itu pada 9.30 pagi.

Roshanafi berkata, dia bersama ahli keluarga singgah di kawasan pantai berkenaan untuk bersiar-siar sebelum menemui bangkai itu.

“Tujuh daripada kucing itu masih kecil. Bangkai dijumpai bersama beberapa ekor kucing peliharaan kerana mempunyai tali leher,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Susulan itu, Roshanafi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampung Raja, Besut, 3.30 petang tadi.

Menurutnya, salah seorang rakan yang sering memberi makan kucing itu sejak sekian lama memberitahu sebelum ini semua haiwan berkenaan dalam keadaan sihat.

“Saya bersama keluarga serta rakan membantu mengutip bangkai kucing untuk ditanam dalam satu lubang.

“Petang ini pihak veterinar meminta saya menunjukkan lokasi bangkai ditanam dan menggali semula untuk bedah siasat punca kematian,” katanya.

Katanya, kejadian itu turut mengundang simpati ramai pihak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.