`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 6, 2022

Malaysia bincang kuota, SOP haji dengan Arab Saudi, kata menteri

 

Semua butiran lanjut mengenai ibadat haji akan dimaklumkan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad pulang dari Arab Saudi. (Gambar AP)

KUANTAN: Semua isu berkaitan ibadat haji termasuk prosedur operasi standard (SOP), kuota dan syarat ditetapkan bagi jemaah Malaysia akan dibincangkan bersama kerajaan Arab Saudi kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata beliau akan ke Arab Saudi pada 18 Mac ini dan semua butiran lanjut mengenai haji akan dimaklumkan selepas itu.

“Saya baru menerima surat jemputan minggu lalu dan akan ke sana nanti, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi (Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah) telah menjemput semua negara yang menghantar jemaah haji untuk berbincang.

“Kami berharap supaya kuota jemaah dikekalkan atau lebih banyak, dan sejurus kembali kami akan uar-uarkan mengenai perkara berkaitan haji secepat mungkin,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangaan berkaitan haji tahun ini.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri, di sini, hari ini yang menyaksikan sembilan pelajar menerima sijil penghargaan masing-masing selepas berjaya menghafal 30 juz al-Quran.

Sementara itu, Idris mengingatkan ibu bapa atau penjaga pelajar pusat tahfiz yang belum mendaftarkan anak mereka vaksin Covid-19 segera berbuat demikian sebagai langkah perlindungan daripada terkena jangkitan teruk virus itu.

“Bila mereka di pusat tahfiz mereka bergaul sesama sendiri, justeru penting untuk pelajar dapatkan vaksin untuk melindungi antara satu sama lain,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.