PETALING JAYA: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditemui maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Riam, Miri malam tadi.
Ketua Polis Daerah Miri Hakemal Hawari yang mengesahkan kes terbabit berkata, setakat ini, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.
“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, menurut laporan Harian Metro.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.
Polis dan pasukan bomba menerima maklumat mengenai kejadian pada 7.50 malam tadi.
Kejadian pada mulanya disangka kemalangan memandangkan kenderaan dipandu mangsa didapati melanggar sebatang pokok di tepi jalan, namun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada badan mangsa. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.