`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, March 20, 2022

Politik - Kerjaya Yang Makin Di Laknati

 b



mampukah sistem politik negara berubah demi kebaikan dan kemajuan negara?

kerana sudah 60 tahun lebih kita merdeka.

bukankah negara kita sedang menuju ke arah status negara maju?

Apakah erti kemajuan jika politik masih bertradisi dan mentaliti kelas ketiga?

menteri negara maju melepaskan jawatan jika berlaku kelemahan


Harapan hanya debu

merupakan idealisme yang kita cemburui, mengharapkannya berlaku di negara kita

harapan ini menjadi debu bila melihat sikap pemerintah sekarang


ingin menggariskan 20 ciri umum ahli politik negara, kerajaan atau pembangkang

serahkan kepada anda untuk menilainya:

1. Pentingkan diri.

2. Amalkan rasuah.

3. Boleh berbohong.

4. Sanggup menikam belakang kawan sendiri.

5. Mementingkan parti bukan rakyat.

6. Melawat kawasan hanya pada musim pilihanraya.

7. Diri kaya tetapi rakyat miskin.

8. Boleh lompat parti.

9. Boleh 'dibeli'.

10. Bercuti di luar negara dengan belanja yang besar.

11. Talam dua muka

12. Masih menyokong ahli parti walaupun memang didapati bersalah.

13. Nampak berkelahi tetapi sebenarnya akrab.

14. Pandai bercakap tetapi tak pandai buat.

15. Suka putar belit untuk menang berhujah.

16. Boleh buat pusingan-U jika perlu.

17. Lain cakap, lain dibuatnya.

18. Tidak kena pertuduhan di mahkamah walaupun bersalah.

19. Boleh bangkang perkara yang betul.

20. ‘Pemenang kaut semua'.

Pilihan apa yang ada

rakyat secara umumnya pasti setuju dengan senarai di atas

Cuma mungkin tidak ada pilihan selain dari terpaksa memilih apa yang ada sahaja


tidak hairanlah rakyat sentiasa tertipu dan ditipu oleh para politikus


perangai pemimpin-pemimpin kita masih tidak berubah

sungai terus tercemar, syarikat (kerajaan) terus rugi, rakyat miskin akan terus papa kedana, yang kaya akan terus mengkaut keuntungan, yang lemah akan tetap ditindas, hubungan antara agama akan terus tegang, ahli agama akan terus bercakaran antara satu sama lain, maksiat akan terus berleluasa, sampah akan terus bertaburan di kaki-kaki lima, penjara akan terus penuh dengan banduan, rasuah akan masih berleluasa dan pelbagai lagi.

Pindaan demi pindaan dibuat terhadap undang-undang tetapi hasilnya tetap sama.

Politik kenegaraan lawan kepartian

politik hari ini politik kepartian; parti lebih penting dari segala-galanya.

Sekali tamat pilihanraya, mereka memikirkan pilihanraya akan datang. 

bertujuan untuk mengekalkan kuasa mereka.

Inilah punca sebenar yang melahirkan ahli politik yang mempunyai ciri-ciri di atas.

Selagi sistem politik ini kekal, negara tidak mampu capai kemajuan 

dari segi ekonomi, sosial dan modal insan.

Negara perlu berubah kepada satu bentuk politik yang baru

politik kenegaraan.

Fakta bukan sentimen

Politik kenegaraan ialah politik yang mementingkan rakyat dan kesejahteraan negara mengatasi parti, apatah lagi kepentingan diri.

Ciri utama politik kenegaraan ialah setiap parti politik mesti bersetuju dengan dasar-dasar dan asas-asas utama negara tanpa ada rasa khilaf. Mana-mana ahli politik yang merentasi garis sempadan ini perlu disingkirkan.

 

menolak semua cubaan pihak asing untuk campur tangan pentadbiran negara.

AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.