`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 22, 2022

Detik seseorang ‘kalah’ kepada nafsu tak perlu ditonjol, kata mufti

 

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata detik seseorang berada dalam keadaan lemah sehingga terpaksa tunduk kepada desakan nafsunya adalah detik paling rendah yang tidak wajar didedahkan kepada umum. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Karya seni sepatutnya berperanan mendidik masyarakat, membentuk pemikiran dan perasaan mereka ke arah pembinaan sahsiah yang terpuji serta boleh menjadi contoh teladan kepada masyarakat terutama generasi baharu.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata karya seni juga boleh memacu masyarakat ke arah kemajuan dan kebaikan begitu juga sebaliknya mampu meruntun masyarakat ke jurang keburukan dan keruntuhan.

“Pemaparan detik-detik kelemahan seseorang terpaksa ‘mengalah’ kepada nafsu syahwat adalah tidak perlu ditonjolkan di dalam sebuah karya seni.

“Justeru, aspek ini tidak perlu ditonjolkan di dalam sebuah karya seni,” katanya dalam kenyataan hari ini sebagai mengulas mengenai beberapa babak panas iklan acah sebuah drama yang tular menerusi media sosial.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata detik seseorang berada dalam keadaan lemah sehingga terpaksa tunduk kepada desakan nafsunya adalah detik paling rendah yang tidak wajar didedahkan kepada umum.

“Tetapi detik kekuatan insan dengan seseorang berjaya mengatasi desakan nafsu syahwatnya yang perlu menjadi ‘fokus’ bagi karya seni yang sesuai dengan kemuliaan insan selaku khalifah Allah di bumi.

“Tentu ramai yang bersetuju bahawa seni mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat dan penggiat seni tanah air sepatutnya membantu kerajaan untuk membangun negara sebagai satu negara yang rakyatnya mempunyai jati diri bermoral tinggi, berintegriti dan bermaruah atau menyumbang ke arah kesan sebaliknya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.