`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 22, 2022

Sarawak benar solat rapat saf di masjid, surau mulai 1 April

 

Majlis Islam Sarawak hari ini mengumumkan kebenaran menunaikan solat jemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April.

PETALING JAYA: Majlis Islam Sarawak memberi kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April.

Ia merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan situasi semasa wabak Covid-19 bawah fasa peralihan ke endemik seperti diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, pada 8 Mac.

SOP itu turut menggariskan semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau (pengajian, kuliah, ceramah, kursus, bengkel, tadarus, tahlil, berbuka puasa, moreh, qiamullail, sahur, iktikaf, khatamal al-Quran dan lain-lain) adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

Aktiviti lain dibenarkan, tetapi masih memerlukan penjarakan fizikal ialah penganjuran aktiviti sosial yang sesuai diadakan di masjid dan surau, pengurusan dan pengebumian jenazah yang tiada kaitan dengan Covid-19.

Jemaah turut digalakkan membawa sejadah atau alas sujud sendiri dan jamuan adalah dibenarkan.

“Mana-mana individu yang masih dalam tempoh notis kuarantin Covid-19 oleh KKM (Kementerian Kesihatan) atau yang mempunyai gejala demam, selsema, batuk atau sesak nafas adalah dilarang menghadiri solat dan semua aktiviti lain di masjid dan surau,” katanya menurut laporan Utusan Borneo. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.