PUTRAJAYA: Imej pimpinan utama pembangkang seperti Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang jelas semakin merosot susulan kekalahan dalam beberapa siri pilihan raya negeri (PRN) termasuk terakhir di Johor, menurut seorang pemimpin Umno.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, berkata paling ketara adalah Mahathir yang dilihat partinya seperti “menangkap muat” calon yang diletak untuk bertanding dalam PRN Johor.
“PRN menunjukkan pengaruh Mahathir paling nyata berada peringkat minimum. Paling ‘significant’, tak ada jentera. Mereka bergantung upah orang untuk naikkan bendera.
“Paling teruk pun calon-calon tangkap muat. Tak kenal datang dari mana yang tak ada sumbangan dalam masyarakat,” katanya kepada FMT.
Pada PRN Johor Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih kemenangan melebihi majoriti 2/3, berbanding Perikatan Nasional (PN) tiga, Pakatan Harapan (PH) 12 dan MUDA satu kerusi.
Dalam pada itu, Puad berkata PKR juga dilihat semakin merosot walaupun meletakkan calon dikenali seperti Maszlee Malik.
Katanya, walaupun Maszlee bertanding atas status bekas Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, juga tidak dapat memenangi kerusi di DUN Layang-Layang.
“Maksudnya rakyat tetap tolak di medan dia sendiri. Saya nampak sokongan Mahathir, Anwar cukup ‘significant’. Sebab kedua-dua parti ini bergantung pada imej individu iaitu Mahathir dan Anwar,” katanya.
Puad juga melihat sokongan terhadap Hadi semakin merosot.
“Ini kerana PAS sendiri gagal di tiga negeri di Sarawak, Melaka dan Johor. Pada saya itu juga petanda berlaku kemerosotan terhadap imej Hadi,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.