`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 9, 2022

Kerajaan Melaka akan ke Belanda tuntut artifak 200 tahun, kata Exco

 

Muhammad Jailani Khamis (kanan) dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Saari Basiron menunjukkan risalah promosi pelancongan negeri itu di Ayer Keroh hari ini. (Gambar Bernama) 

PETALING JAYA: Kerajaan Melaka akan ke Belanda pada November ini untuk membawa pulang artifak era penjajahan milik negara yang berusia 200 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhammad Jailani Khamis berkata, ia termasuk fosil, dokumen, peta, mata wang dan manuskrip bernilai jutaan ringgit yang diambil ketika penjajahan negara itu pada 1641 hingga 1824.

“Kedutaan Belanda telah membuat dasar untuk memulangkan artifak yang mereka ambil semasa penjajahan, jadi kita rancang akan ke sana tahun ini untuk mengambil khazanah tersebut.

“Kita bimbang dasar tersebut akan dirombak, sekiranya kerajaan mereka bertukar pada pilihan raya akan datang,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Jailani berkata, beliau akan ke London menghadiri Persidangan “World Travel Market London” (WTM) pada 7 hingga 9 Nov, sebelum ke Belanda.

Katanya, kerajaan Melaka akan membentangkan kertas kerja mengenai pengambilan khazanah itu kepada Putrajaya untuk mendapatkan sokongan.

“Usaha kita nak bawa pulang artifak ini bukan khusus untuk rakyat Melaka sahaja, kalau untuk negara pun kita akan buat.

“Kita akan bentangkan kertas khusus kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan sokongan,” jelasnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.