KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak perwakilan yang akan menyertai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 bermula hari ini hingga Sabtu, menjadikan persidangan itu sebagai pentas untuk menyampaikan suara akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.
Ismail yang juga Naib Presiden Umno dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan dari seluruh negara.
“Semoga Allah SWT merahmati setiap bibit perjuangan parti keramat Umno dan mengangkat darjat kebesaran maruah bangsa dan negara. Umno, sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya yang juga Ketua Bahagian Umno Bera.
Perhimpunan itu yang akan berlangsung secara bersemuka, dijangka dihadiri seramai 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara.
Pada Disember lalu, Umno membuat keputusan untuk menangguhkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung dari 13 hingga 15 Jan lalu.
Penangguhan itu adalah susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan Umno akar umbi diminta membantu mangsa. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.