`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 14, 2022

Peluang makin tipis temui mangsa hidup, kata bomba

 

Pasukan pencarian dijangka menggunakan alat pengesan logam bagi mengenal pasti lokasi sebenar bangkai jengkaut yang dipercayai tertimbus bersama mangsa, esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Peluang menemui mangsa hidup dalam runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semakin tipis selepas seminggu insiden itu berlaku, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Mohamad Shahrizal Aris, berkata tanggapan itu dibuat berdasarkan logik akal kerana mereka tidak dapat menentukan sama ada mangsa masih hidup atau sebaliknya.

“Susah hendak cakap, namun kalau ikutkan logik, memang susah kita hendak katakan mangsa masih hidup, tipis harapan itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, operasi esok dijangka menggunakan alat pengesan logam bagi mengenal pasti lokasi sebenar bangkai jengkaut yang dipercayai tertimbus bersama mangsa.

“Ia disebabkan banyak batu di kawasan runtuhan itu bersaiz besar. Selain itu, tiada cara melainkan perlu pindahkan dan angkat sebahagian besar batuan yang runtuh, maka baru boleh nampak (jentera).”

Beliau turut menolak kemungkinan runtuhan susulan sepanjang operasi mencari dan menyelamat berpunca daripada kerja meletupkan batu menghalang laluan jentera untuk naik ke lokasi batu besar yang runtuh.

Dalam kejadian 8 Mac lalu, dua lelaki dipercayai tertimbus, iaitu Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43, manakala Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah tulang kaki serta Pan Tam, 38, hanya cedera ringan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.