`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 27, 2022

Seludup mercun, bunga api hampir RM4.17 juta menjelang Aidilfitri, 5 lelaki ditahan

 

Modus operandi mereka adalah menyeludup masuk mercun melalui laluan laut di Pelabuhan Klang, sebelum stok disimpan di dua premis berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pelbagai jenis mercun dan bunga api terlarang dianggarkan RM4.17 juta dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dirampas polis dalam dua serbuan, di sekitar Kepong, Rabu lalu.

Dalam serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Khas (PGK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada 2.30 petang itu, lima lelaki berusia antara 21 hingga 51 tahun ditahan.

Berdasarkan maklumat, mereka menjadikan rumah persendirian dan kawasan perindustrian sebagai lokasi untuk menyembunyikan stok mercun dan bunga api, dengan kegiatan terbabit dipercayai aktif sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, berkata rampasan membabitkan 1,059 kotak mercun dan 35 guni berisi mercun, wang tunai berjumlah RM12,900 serta enam telefon bimbit pelbagai jenama.

Beliau berkata, modus operandi mereka adalah menyeludup masuk mercun melalui laluan laut di Pelabuhan Klang, sebelum stok disimpan di dua premis berkenaan.

“Berdasarkan maklumat, sasaran jualan mercun dan bunga api terbabit untuk pasaran Lembah Klang sempena Aidilfitri dan bekalan dipercayai dibeli dari China.

“Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Semua lima suspek kini direman tujuh hari sehingga 29 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.